PIALA FA 2010 KEDAH vs KELANTAN Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para penyokong kedua-dua belah pihak, terutamanya penyokong fanatik the red warriors. Ini kerana kekalahan yang cukup memalukan Kelantan kepada Kedah di halaman sendiri tempoh hari pada perlawanan liga super, dimana satu kesilapan yang tidak dapat diterima akal telah dilakukan oleh Syed Adney, yang seterusnya memberi peluang kepada penyerang Kedah kelahiran Kelantan, Azlan Ismail menggegar jaring Kelantan untuk membawa skuad Kenari terbang ke Alor Setar dengan 3 mata.
Namun, perlawanan ini cukup berbeza dengan perlawanan tempoh hari, yang mana pada masa itu, skuad Kelantan masih terumbang-ambing dari segala aspek, prestasi dan masalah dalaman. Kini, masalah itu telah di anggap selesai, selepas ledakan hatrik Nor Shahrul Idlan Talaha ketika menyaksikan Kelantan menang 3-1 ke atas Pulau Pinang pada perlawanan terakhir liga, sebelum liga super direhatkan sebentar untuk memberi laluan kepada perlawanan Piala FA dan cuti tahun baru Cina.
Yang pasti, jurulatih patut membimbangkan akan kosentrasi dan stamina para pemainnya yang 'berehat' cukup lama berbanding pasukan lain. B.Sathianathan yang sebelum ini nampak seringkali cuba memberi alasan kegagalan skuadnya dalam beberapa siri perlawanan adalah kerana 'tekanan' dari penyokong perlu membuktikan sesuatu bila berdepan Kedah di gelanggang lawan Selasa ini. Skuad yang cukup lengkap dimilikinya kini, bebas dari kecederaan, kecuali beberapa pemain yang cedera dari sebelum sepak mula liga bermula, iaitu Azlan Zainal dan penyerang muda, Ramzul Zahini Adenan.
Kelincahan Nor Shahrul Idlan Talaha sekali lagi pasti ditagih B.Sathianathan bagi membuka laluan bagi pasukan Kelantan untuk membawa bekalan selesa sebelum perlawanan timbal balik diadakan di Kota Bharu. Tapi, yang menjadi persoalan para penyokong, siapakah yang bakal menjadi pilihan B.Sathianathan bagi digandingkan bersama Nor Shahrul di hadapan? Adakah masih Hairuddin Omar? Pemain yang dianggap 'anak emas' Sathia oleh para penyokong. Rekodnya cukup buruk bagi seorang penyerang, daripada 7 perlwanan beraksi, tiada gol yang disumbangkan.
Mungkinkah Akmal Rizal yang akan di gandingkan bersama Nor Shahrul? Ada yang mengatakan mungkin Akmal Rizal tidak akan dapat beraksi cemerlang bila beraksi menentang negeri kelahirannya sendiri, terutama bila bermain di kampong halamannya sendiri. Tapi bila difikirkan balik, bagaimana pula dengan Azlan Ismail? Penyerang Kedah yang berasal dari Kelantan, bermain cukup confident sekali untuk pasukannya di Kota Bharu tempoh hari. Malah beliau telah mencetak 7 gol buat pasukan Sang kenari musim ini. Siapa yang akan bergandingan dengan Nor Shahrul, semua ini hanya B.Sathianathan yang tahu.
Di bahagian lain, Kelantan di lihat cukup lengkap, cuma sedikit peningkatan aksi perlu dipamerkan oleh Indra Putra di sayap kiri, dan Farhan di sayap kanan. Prestasi mereka setakat boleh dibanggakan, tapi prestasi mereka musim lepas, jauh lebih hebat untuk dibanggakan berbanding prestasi semasa mereka. Di bahagian pertahanan, mereka boleh dilabel cukup kental, cukup agresif dalam setiap perlawanan. Di gawang pula, sama ada Syed Adney atau Halim Napi beraksi, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Namun,ada baiknya jika Syed Adney diberikan peluang untuk menebus kesilapannya.
Apa jua keputusan yang yang akan diperolehi, yang pasti gol perlu dicari oleh pasukan Red Warriors bagi memudahkan perjalanan mereka dalam saingan Piala FA ini. Jika pulang dengan tangan kosong, payah untuk meneka nasib Kelantan di Kota Bharu nanti. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff mungkin telah mencongak strategi untuk mengekang asakan pahlawan merah, namun di kem Kelantan, B.Sathianathan mungkin ada resepinya tersendiri. Sama-samalah kita tunggu dan lihat
xeoster
|