Match(es) Result

 

                 KEPUTUSAN

 

           

             

Next Match(es)

Waktu Solat

Sembahyanglah kamu dihadapan Allah sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam

RKC ADS

 
Home
Laporan Perlawanan

 

 

 

KELANTAN (3)  -  (1) P.PINANG

 

 3 GOL DARI NORSHAHRUL IDLAN

Kelantan mengutip tiga mata penuh malam tadi dalam saingan Liga Super selepas membenam skuad Pulau Mutiara 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammed ke-IV. Kemenangan tersebut jelas menggembirakan hati penyokong setia yang mana lebih 15 ribu penyokong setia hadir untuk memberi sokongan kepada skuad "The Red Warriors". Turun dengan kelibat Halim Napi selaku penjaga gol, Farisham Ismail kembali ke posisi asalnya selaku pertahanan kanan sambil Azizi dan Subramaniam terus mendapat kepercayaan untuk mengemudi benteng Kelantan sambil Zairul Fitree Ishak bermain di posisi pertahanan kiri. Norfarhan, Shakir, Badhri Razi dan Indra Putra mengisi posisi tengah sambil Norshahrul digandingkan dengan "ANAK EMAS" B.Sathianathan iaitu Hairuddin Omar selaku penggempur.

Kehadiran Pemangku Sultan Kelantan iaitu Tengku Mahkota Faris Petra seakan memberi semangat tambahan kepada para pemain yang pastinya ingin menjadikan perlawanan semalam pentas untuk membuktikan pasukan Kelantan masih antara pasukan pilihan dalam saingan liga musim ini. Kelantan bermula dengan sedikit agresif dalam lima minit pertama permainan namun Pulau Pinang yang terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila tandukan kapten pasukan Pulau Pinang hasil satu serangan balas menghasilkan gol pertama perlawanan. Gol tersebut ternyata mencetuskan kemarahan penyokong yang sekali lagi dihiburkan dengan persembahan sama seperti sebelumnya. Detik kemarahan penyokong ternyata tiba-tiba membakar semangat pemain yang mula melakukan beberapa serangan yang mencemaskan pihak lawan dan akhirnya Norshahrul berjaya menyamakan kedudukan apabila satu gerakan yang dimulakan oleh Indra Putra menemui Norshahrul yang kemudiannya berjaya melakukan satu sepakan seakan sepakan gunting yang terus mencecah gawang gol lawan dan sejurus itu, wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Separuh masa kedua, Kelantan membuat satu pertukaran apabila Halim Napi dikeluarkan dan Syed Adney dimasukkan. Kelantan memburu gol awal sejurus wisel dibunyikan dan hasilnya, Norshahrul sekali lagi berjaya menjaringkan gol apabila bijak menyambar bola dalam kekalutan di depan gol Pulau Pinang dan berjaya melakukan sepakan deras untuk gol kedua peribadinya. Ketika Kelantan jelas menemui rentak permainan, B.Sathianathan kemudiannya membuat pertukaran apabila memasukan S.Chanturu dan mengeluarkan Norfarhan. Tindakan tersebut ternyata menaikkan kemarahan penyokong ketika Norshahrul dan Norfarhan jelas cukup selesa bertukar tukar hantaran ditambah pula Norfarhan bermain dengan cukup baik malam tadi. Pertukaran tersebut ternyata mengubah corak permainan Kelantan yang kembali memperagakan aksi hantaran jauh. Gol ketiga Kelantan hadir pada minit ke 89 apabila Kelantan dianugerahkan sepakan penalti selepas Norshahrul dijatuhkan dalam kotak penalti setelah berjaya menggelecek empat pemain Pulau Pinang dan Norsharul diberi penghormatan untuk melakukan "hat-trick" pertamanya bersama pasukan Kelantan dan perlawanan berakhir dengan tiupan panjang daripada pengadil perlawanan. - gry