Next Match(es)

       

               LIGA SUPER

                07.02.12

           SABAH vs TRW

                10.02.12

              TRW vs TRG

 

Match(es) Result


                 LIGA SUPER

                   10.01.12

    LION XII (1) - (2) TRW 

                    13.01.12

            TRW (1) - (1) PKNS FC

                   17.01.12

            TRW (2) - (1) JOHOR FC

                   20.01.12

        KEDAH (0) - (3) TRW

                    17.01.12

            TRW (3) - (0) KL

 

 

TABLE

  t

Barcode

 

       bar

Waktu Solat

Sembahyanglah kamu dihadapan Allah sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam

RKC ADS

feed-image Feed Entries
 
Home

Piala FA: Kelantan, Terengganu mara


Kelantan

KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors menjaringkan gol kedua pada waktu kecederaan separuh masa kedua untuk menewaskan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Kemenangan 2-1 ke atas Sarawak membolehkan Kelantan mara ke pusingan kedua persaingan Piala FA.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Azizan Baba pada minit ke-18 sebelum Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Mohamad menyumbat dua gol untuk Kelantan pada minit ke-34 dan 91.

Menanti skuad Kijang pada pusingan kedua ialah Kuala Lumpur yang membenam cabaran wakil dari Johor, MP Muar dengan kemenangan 3-0 menerusi jaringan Arman Fareez Mohd Ali (minit ke-40), Khairul Anuar Shafie (60) dan Fazuan Abdullah pada minit ke-89 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selain Kelantan, juara bertahan Terengganu dan Selangor juga berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama.

Terengganu, yang juga juara Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada 2000 dan 2011, mara selepas mencatatkan kemenangan selesa, 4-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit kesembilan, Abdul Manaf Mamat (minit ke-37 dan 65) dan penyerang import mereka dari Liberia Francis Forkey Doe pada minit ke-79.

Terengganu bagaimanapun bakal berhadapan tugas getir pada pusingan kedua 10 Mac ini apabila dijadualkan bertemu dengan Perak yang mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Perak, semalam.

Selangor turut mara selepas membelasah wakil Pahang Shahzan Muda 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Empat gol skuad bimbingan Irfan Bakti itu dijaringkan oleh pemain import mereka dari Croatia Bosko Balaban pada minit ke-21, Mohd Safiq Rahim pada minit ke-62 dan 72 serta kapten pasukan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-81.  

Bagaimanapun hajat Negeri Sembilan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas kalah 1-2 kepada Johor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Pemain import dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona terlebih dahulu menceriakan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-24 sebelum pemain import dari Brazil Arthur Henrique Bernhardt menjadi wira pasukan Johor FC dengan menyumbat dua gol pada minit ke-29 dan 79.

 

 

 

Kim Swee sahut cabaran



“BILA lagi kita berpeluang berdepan pasukan kelas dunia seperti Jepun selepas ini? “Justeru, saya pasti menurunkan pasukan terbaik sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri (Ahmad Shabery Cheek).” Itulah azam yang dilaungkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia peringkat Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini.

Menurutnya, nestapa tewas 0-2 kepada Samurai Biru dalam aksi pertama di Stadium Tosu, Fukuoka pada September tahun lepas hasil jaringan Higashi Keigo dan Yamazaki Ryohei seolah-olah baru sahaja terjadi semalam. Justeru katanya, harapan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jutaan peminat tempatan pastinya disahut dengan penuh ‘kejantanan’ untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

“Walaupun perbezaan ketara antara Jepun dan pasukan kita bagai langit dan bumi, ia bukan bermakna kami mahu menyerah kalah sebegitu sahaja.

“Jadi, peluang yang jarang kali kita peroleh menentang Jepun pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menyahut bukan sahaja cabaran Datuk Seri, tetapi juga membalas semula sokongan padu penyokong tempatan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Semalam di Kemaman, Terengganu, Ahmad Shabery menuntut barisan Olimpik negara memberikan yang terbaik ketika menentang Jepun nanti meskipun pintu temasya Olimpik di London sudah pun tertutup rapat.

Selepas empat perlawanan setakat ini, skuad Olimpik negara masih gagal mengutip sebarang mata dan berada di tangga tercorot apabila kalah semua aksi bermula dengan Jepun (0-2), Syria (0-2) serta tewas kepada Bahrain dengan keputusan 2-3 dan 1-2. Kim Swee berkata, pasukan negara juga memainkan peranan yang cukup besar apabila bakal menjadi penentu kepada nasib Syria dan Jepun yang kini bersaing sengit memburu satu slot automatik ke London kelak. “Saya tidak nafikan kedua-dua pasukan itu berusaha memburu kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar, jadi saya mahu semua pemain jangan sesekali mudah berputus asa sekali gus mempertahankan maruah negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baharu dalam pasukan. “Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary. “Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. “Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti,” katanya.