Next Match(es)

       

               LIGA SUPER

                28.01.12

               TRW vs KL

                07.02.12

           SABAH vs TRW

                10.02.12

              TRW vs TRG

 

Match(es) Result


                 LIGA SUPER

                   10.01.12

    LION XII (1) - (2) TRW 

                    13.01.12

            TRW (1) - (1) PKNS FC

                   17.01.12

            TRW (2) - (1) JOHOR FC

                   20.01.12

        KEDAH (0) - (3) TRW

 

TABLE

  t

Barcode

 

       bar

Waktu Solat

Sembahyanglah kamu dihadapan Allah sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam

RKC ADS

feed-image Feed Entries
 
Home

PERLAWANAN PERSAHABATAN

 

SKUAD  SENIOR ATASI SKUAD PRESIDEN

Petang tadi TRW vs Presiden Warriors yang berakhir TRW menang 3-0. Pasukan senior dibarisi kesemua pemain simpanan tapi yang menjadi persoalan skuad Presiden lebih menguasai permainan. Hanya barisan depan yang tumpul menyebabkan mereka kalah. Dan beberapa pemain utama musim lepas seperti Azuan Roya, Chanturu langsung tidak menyerlah manakala Charara, Okine standard lebih kurang sama dengan pemain Piala Presiden. Gol-gol jaringan Khairul Izuan Rosli dan Denny Antwi dengan 2 gol. Biarpun menjaringkan dua gol, banyak peluang keemasan dilepaskan oleh Antwi sehingga pemain2 utama di bangku simpanan seperti tersenyum sinis dengan persembahan beiau. Beberapa pemain Piala Presiden dilihat mencuri tumpuan dengan hantaran dan gelecekan yang baik. Jika dilihat pada perlawanan tadi, skuad Piala Presiden mampu untuk mempertahankan kejuaraanmusim lepas.

Subra,Azizi dan Azlan dilihat semakin cergas. Rasanya dalam masa seminggu,kelibat mereka bakal kelihatan nanti.

Sekian dari Std Sultan Mohd ke 4

 

 

 

Butler enggan cicir mata

KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler tidak mahu keciciran mata ketika melayan pasukan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Jurulatih berusia 46 tahun dari England itu tidak mahu anak buahnya mempersia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memburu tiga mata sekali gus mengukuhkan cengkaman takhta Liga Super.


Butler turut yakin ‘ayam tambatan’ Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo mampu meneruskan aksi cemerlang untuk meledak jaringan.

Tanpa meragui kemampuan kesebelasan utama yang bakal diturunkan malam ini, Butler optimis anak buahnya mampu mengulangi kejayaan mengalahkan Johor FC dan Kedah sebelum ini.


“Saya tahu Mat Yo bagus dan selalu kerja keras, malah setakat ini dia penyerang terbaik Kelantan dan saya harap dia boleh menjaringkan gol malam esok (ini).


“Kami mempunyai rehat mencukupi, malah mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri dan berharap pemain mempamerkan aksi terbaik mengutip tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan selesa carta liga,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keserasian Norshahrul bersama penyerang import, Mohammed Ghaddar, Butler mengaku kedua-dua pemain terbabit masih mempunyai masalah komunikasi kerana pemain dari Lubnan itu tidak fasih berbahasa Inggeris.


Bagaimanapun, masalah itu bukan satu kelemahan bagi pasukannya, malah mengharapkan jentera serangan mampu menggegar gawang Kuala Lumpur.

 

Red Warriors yakin kekal peneraju liga

antwi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KETUA Jurulatih Kelantan, Peter Butler optimis The Red Warriors mampu mengekalkan kedudukan selaku peneraju liga berdasarkan prestasi semasa pasukannya yang kian memuncak ketika ini.

Bagaimanapun, menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur malam ini, Butler tidak mahu anak buahnya memandang rendah keupayaan skuad Warga Kota yang kini menghuni tangga tercorot liga.

“Saya tahu Kuala Lumpur datang ke sini dengan misi sukar untuk mengalahkan kami. Tetapi saya sentiasa berpandangan positif, kami mampu mengatasi mereka pada perlawanan malam ini.

“Apa pun, saya tidak mahu barisan pemain terlalu riak berhadapan dengan pemain muda Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Pada masa sama, Butler memaklumkan beberapa pemain yang berdepan masalah kecederaan semakin pulih.

“Tempoh rehat selama seminggu ini memberi ruang kepada beberapa pemain yang mengalami kecederaan untuk kembali pulih. Meskipun masih gagal menggunakan khidmat Azizi Matt Rose, tetapi saya gembira dengan prestasi Denny Antwi yang berjaya menjaringkan gol ketika pertemuan dengan Kedah minggu lalu,” katanya.

 
 

 

Tekad benam Bahrain


KHAIRUL FAHMI akan menyertai latihan skuad Harimau Muda esok.


DALAM tempoh beberapa hari sahaja lagi, skuad Olimpik negara bakal membuat perhitungan semula dengan Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C, 5 Februari depan.

Dijangka ‘terbang’ ke Manama pada Rabu depan, sudah tentu anak-anak buah Ong Kim Swee mahu melupakan nestapa dijinakkan pasukan kendalian Salman Shareeda dengan keputusan 2-3 meskipun selesa mendahului dengan kelebihan dua gol pada pertemuan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, November tahun lepas.

Mungkin ada yang sudah lupa betapa skuad Olimpik negara seolah-olah diajar erti sebenar permainan bola sepak apabila tewas menerusi tiga gol pantas jaringan pemain gantian Bahrain, Saad Salah Al- Amer dan Isa Ahmed Muthanna (dua gol) pada penghujung babak kedua pada perlawanan itu.

Paling memeritkan, Harimau Muda tewas kepada pasukan pelawat yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Dua gol cantik daripada permata muda negara, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli dalam perlawanan itu juga seolah- olah tidak memberikan sebarang makna apabila mereka tewas, tambahan pula reputasi selaku juara bertahan Sukan SEA menewaskan musuh tradisi, Indonesia beberapa hari sebelum itu juga belum cukup untuk menghadirkan rasa gerun di hati pemain Bahrain.

Justeru, pemergian pemain muda negara ke sana kali ini pastinya bukan semata- mata mahu melengkapkan jadual perlawanan tetapi berdepan misi menebus semula maruah yang tercalar.

Buktikan kepada Bahrain betapa kekalahan kita tempoh hari hanyalah kerana faktor keletihan, dan kini tibalah giliran mereka pula untuk dimalukan.

Selain Bahrain, Malaysia juga tewas 0-2 dalam kedua-dua pertemuan menentang Jepun dan Syria sebelum ini, sekali gus menghuni tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata.

Biarpun ‘pintu’ skuad negara menjejakkan kaki ke temasya Olimpik London kini dipotretkan tertutup rapat, Kim Swee sebaliknya masih belum mahu ‘mengibarkan bendera putih’ sebegitu sahaja dan yakin anak-anak buahnya mampu kembali bangkit mempamerkan aksi garang bagi membuktikan ‘kejantanan’ masing-masing.

“Sudah tentu saya melihat perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan Zon Asia dari sudut yang positif.

“Pasukan ini sudah didedahkan dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan saya yakin mereka lebih bersedia.

“Selain pendedahan, mereka juga dapat menimba pengalaman yang cukup tinggi. Namun, kami belajar daripada kesilapan lalu dan bersedia untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan menentang Bahrain,” kata Kim Swee baru- baru ini.

Kehadiran semula penjaga gawang No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat yang kembali menyertai latihan meskipun ‘gagal dikesan’ sebelum ini juga pastinya melegakan Kim Swee.

Khairul Fahmi bersama tujuh lagi pemain bukan Harimau Muda iaitu Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dijangka kembali menyertai latihan esok selepas membantu pasukan masing-masing menghadapi aksi Liga Super malam ini.

Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) pula juga dijangka kembali semula ke pangkuan pasukan dengan kadar segera selepas membantu pasukannya berdepan USM FC bagi aksi Liga Perdana malam tadi.

Anak-anak buah Kim Swee juga bakal berdepan cabaran Gombak United di gelanggang lawan sebagai aksi pembuka tirai Liga Singapura (Liga S) di Stadium Jurong West antara 10 atau 11 Februari depan, dan ia dilihat sebagai detik penentu kemampuan pasukan negara untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga-S musim ini.