by gry » Tue Apr 06, 2010 4:43 am
Menang Piala Muhibbah selepas extra time? Main home plus lawan Perlis yang dalam proses pembinaan pasukan musim ini. Heheheh, another cerita lawak untuk pasukan Kelantan musim ini. Hakikatnya dalam 90 minit, kita tetap seri. Jadi fikirkanlah masa rehat yang panjang ini sekadar diisi untuk memenuhkan kantung persatuan dengan mengadakan dua perlawanan persahabatan.
Selagi payahnya untuk melihat jurulatih sedia ada untuk disingkirkan, selagi itulah jangan mengharap untuk menggapai satu Piala Musim ini. Opps silap, adakah Piala Muhibbah adalah target sebenar musim ini? Kalau betul, tahniah. Langsung tiada peningkatan dari segi permainan, langsung tiada perubahan dari segi attitude pemain, jadi apa lagi yang pihak pengurusan mahukan daripada jurulatih sekarang. Jangan bercakap tentang soal wang pampasan la. Satu game home sudah cukup untuk membayar pampasan tersebut. Jadi apa masalah lagi? Mencari pengganti? Ramai lagi jurulatih yang JAUH lebih baik RESUME berbanding jurulatih sedia ada.
Tolongla selami hati kami para penyokong. RM12 setiap perlawanan bukannya satu nilai sedikit. Kami berebut, berhempas pulas demi sekeping tiket tapi apa balasan untuk kami? Betapa kelakarnya menyaksikan KEDAH, pasukan yang diperbudakkan oleh pasukan di Kota Bharu kini melangkah ke FINAL piala FA. Jadi jelas menunjukkan betapa teruknya pasukan kita musim ini.
Kesabaran kami ada hadnya. Jangan biarkan penyokong "MENGAJAR" pihak pengurusan.