Jilly wrote:remy66 kelate wrote:gry wrote:Tak perlu nak ulas, game hancur lebur dan tak tahu mana tuju. Ni ko pasukan hok berangan nok menggengam tiga piala musim depe? Lupakanlah. Persiapan bermula selepas tewas piala malaysia. Pemain sudah menjalani latihan di bangkok dan telah beraksi 3 game di kota bharu tetapi jurulatih masih melakukan eksperimen. Sorry to say la, I'm not a big fan of Sathia. Pasukan kita tak pernah main comel dibawah kendalian beliau dan kita layak ke final Piala Malaysia musim lepas lebih kepada sumbangan individu.
SORRY MR SATHIANATHAN, M LEAGUE IS NOT FOOTBALL BECAUSE U MAKE IT THAT WAY.
Jangan Cepat melatah,bagi peluang kat Sathia...Kita sebagai penyokong setia jangan sokong masa main cantik aje,menang dipuja kalah dikutuk mcm tu dikatakan penyokong setia?...Sathia dan player2 yang lain adalah manusia biasa tak maksum...jadi kena faham2 lah, ada masa ok dan ada masanya menurun...
Maaf kawe nok komen skit... bukan nak menyebelahi sape2... tapi bagi kawe.. peminat setia yang sepatutnya latah melebihi orang lain kerana ia adalah respon spontan.. risau akan prestasi pasukan yang jauh ditahap sebenar... apa alasan? Takkan sbb Farhan, CHanturu dan Shahrul tiada... prestasi boleh seburuk itu... Sathia sbg Head Coach juga perlu peka dgn kemahiran individu... Mungkin Hairuddin, Akmal, Syakir dan Indra masih belum serasi dari segi persefahaman TETAPI apa sudah jadi pada pemain asal kita yang telah lama dalam skuad yang mempamerkan aksi yang memalukan seperti Che Hishamuddin, Nizzab dan Wan Zaman... Mereka seperti pemain yang baru bermain dengan skuad senior... Farisham yg selama ini hebat di posisi kanan atau tengah diberi tugasan disebelah kiri juga begitu mengecewakan peminat.. Mmg beliau tidak boleh bermain di posisi tersebut dan ini nampak jelas.. Midfield masih lagi menjadi posisi yang gagal diisi walaupun kembalinya Piya.. Mungkin kita hebat di bahagian pertahanan dan serangan tetapi tidak di bahagian tengah ATAU Coach menggunakan cara bermain secara "Long Ball"... mmmmm.. kita tunggu, lihat dan mengharap...
Tewas, seri dan menang adalah lumrah bolasepak. Tapi sekurang kurang pamerkan effort, appreciated penyokong hok mari, hok bayar duit, hok tertipu dengan aksi di final tetapi beratur panjang untuk beli tiket yang sekadar bertaraf friendly. Sebab apa, sebab sayangkan bola kelate sangat. Salahkan penyokong nak kutuk pemain, coach yang jelas GAGAL untuk mempersembahkan sekurang kurangnya sedikit persembahan bermutu kepada penyokong. Berapa lama lagi masa yang perlu diambil untuk membuat eksperimen. Mencari keserasian sedangkan liga akan bermula sabtu depan. Apa lagi yang kita lacking? Semuanya terletak ditangan coach. Keputusan signing player adakah datangnya daripada TAN SRI ANUAR MUSA? Tentunya diinginkan oleh saudara coach tetapi mengapa masih tak wujud chemistry sesama pemain, tak wujud team effort dalam team, takde kerjasama penuh daripada pasukan.
Saudara presiden ada menyebut tentang Farisham. Jelas beliau antara pemain paling konsisten kepada team musim lepas dan musim bersama Cikgu Jan. Tetapi mula mempamerkan persembahan buruk setelah bermain out of position. Begitu juga zamri tetapi coach masih menggunakan pemain sama yang menyebabkan pemain ini mengalami masalah untuk mempamerkan bakat sbenar mereka di tambah dengan penyokong yang mengkambing hitamkan mereka bila mereka membuat kesilapan. Jadi apa peranan coach untuk menangani masalah nie? Takde ke solution lain seperti mencari pemain lain (pemain muda) untuk mengisi posisi nie. Jangan jadikan alasan peraturan FAM yang menetapkan usia bawah 20 sebagai syarat kalau kita sendiri GAGAL untuk menangani maslaah ini.
Kita bermain long ball! Sebabnya adanya Hairuddin Omar. Signing daripada coach sendiri. Jelas, coach sendiri yang menggunakan pendekatan itu dan pemain hanya menurut segala arahan daripada coach. Ya, coach dan players adalah manusia biasa dan bukan maksum tetapi sekurang kurangnya tunjukkan sedikit effort kepada fans. Fans datang untuk melihat pasukan kesayangan beraksi. Fan berhak untuk dilayan dengan persembahan bermutu kerana mereka BAYAR bukan FREE. Kalau satu game tak bagus, mungkin kita boleh anggap mencari keserasian, tetapi dua games berturut turut kita bermain hancur seolah olah baru belajar bermain bola, dan mereka semua PEMAIN PROFESSIONAL bukannya BUDAK SEKOLAH DAN PEMAIN KAMPUNG.
Berkenaan penyokong setia? Macamana nak menilai kesetiaan penyokong ? Adakah dengan mengkritik pasukan dengan lantang boleh disimpulkan sebagai tidak setia? Pasukan LAYAK dipuji sekiranya bermain dengan baik dan BERHAK dikritik untuk kebaikkan sekiranya mereka bermain dengan buruk. Kita mendapatkan 8 pemain BARU dan seharusnya penyokong berhak mendapat sesuatu yang lebih baik untuk musim depan.