Bismillahirahmanirrahim
KL Plus,satu lawan yang mempunyai ramai barisan pemain yang tidak kurang gah dengan skil dan nama,namun kebelakangan ini prestasi agak terumbang-ambing,hingga memaksa pengurusan KL Plus membawa masuk 'penasihat import' untuk membantu 'menasihati' Mat Zan dalam setiap perlawanan.
tetapi awas Kelantan,jangan tertipu dengan keputusan-keputusan perlawanan KL Plus.jangan dianggap enteng pasukan ini.sementelah pula perlawanan ini adalah perlawanan penting untuk menentukan siapa juara liga super 2010 kali ini.Apa yang diharapkan oleh peminat adalah kemenangan yang memungkinkan segalanya.Tepis perasaan gugup,bulatkan tekad untuk menjulang Kelantan serta berterima kasihlah kepada penyokong yang sentiasa membanjiri setiap perlawanan di Kota Bharu.
Tiada yang terbaik selain dari kemenangan.Dan dijangka tiada perubahan dilakukan Sathia kecuali penjaga gol yang dijangka Syed Adney akan mengisi tempat selaku penjaga gol malam esok,bergantung kepada serius atau tidak kecederaan belakang Apek ketika menggalas tugas mewakili Malaysia.
Apa yang perlu dielakkan oleh Kelantan adalah bermain terlalu fancy kerana barisan KL Plus laju menghukum setiap kesalahan yang dilakukan pihak lawan.Kunci kemenangan perlawanan ini adalah merantai pergerakan kedua-dua sayap KL Plus.
Selamat maju jaya!




