• Advertisement

Skuad Piala Presiden

Segala berita & perkembangan skuad pelapis Kelantan

Moderator: Moderators

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Jilly » Mon Jun 22, 2009 12:00 am

Kalu ikut jadual, abih doh game Piala Presiden...
Kelantan.. Dulu, Kini dan Selamanya

Image
items for sale @ http://www.fiqir.com.my
User avatar
Jilly
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2215
Joined: Sat Nov 03, 2007 1:00 am
Location: New Castle

Advertisement

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Jilly » Thu Jul 16, 2009 5:21 pm

Kawe raso sedikit kecewa dgn skuad Presiden... byk tahun doh kito jadi paling kure semi finalist... tahun ni suku akhir pun x leh g

Image

Image
Kelantan.. Dulu, Kini dan Selamanya

Image
items for sale @ http://www.fiqir.com.my
User avatar
Jilly
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2215
Joined: Sat Nov 03, 2007 1:00 am
Location: New Castle

Re: Skuad Piala Presiden

Postby kijangpencen » Mon Oct 19, 2009 4:44 pm

Jilly wrote:Kawe raso sedikit kecewa dgn skuad Presiden... byk tahun doh kito jadi paling kure semi finalist... tahun ni suku akhir pun x leh g

Image

Image

bakpo g tu mo nah jadinyo?? kita kekurangan bakat ko?
kijangpencen
Pemain Simpanan
Pemain Simpanan
 
Posts: 59
Joined: Mon Jun 29, 2009 11:23 am

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Wed Dec 09, 2009 2:34 pm

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyusun barisan pemainnya bagi memastikan Red Warrior’s mencatat sejarah kegemilangan buat kali kedua untuk Piala Presiden musim 2010, selepas merangkul Naib Juara Piala Malaysia baru-baru ini.

Bagi tujuan tersebut, Kafa akan mengadakan sesi pemilihan untuk menganggotai skuad Piala Presiden bermula 10 hingga 20 Disember ini di seluruh negeri Kelantan.

Naib Presidennya, Rosmadi Ismail berkata, sesi pemilihan tersebut akan dipecahkan kepada beberapa zon bermula di Padang Majlis Daerah Jeli 10 Disember ini.

“Di Jeli, ujian akan diadakan di padang Majlis Daerah (MD) Jeli pada 10 Disember,Daerah Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Mas (11-12 Disember),bagi daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang ujian akan diadakan di padang MD Machang (13-14 Disember).

“Bagi jajahan Pasir Puteh dan Bachok di padang MD Pasir Puteh dan bagi daerah Kota Bharu di Padang Perdana pada 17-18-19-20 Disember,” katanya pada sidang akhbar di Wisma KAFA,kampung Chicha di sini, semalam

Dalam masa yang sama, Rosmadi berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran pemain dari masyarakat Cina dan India bagi menyatakan sokongan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, empat pemain yang mewakili musim lalu dikekalkan kerana menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.Mereka dianggotai Zamri Ramli, Mohd Izwan Salahuddin. Mohd Hanif Mohd Nor dan Tuan Hafizi Tuan Mahmud.

Dalam pada itu, Rosmadi berkata, pihaknya telah melantik Yahya Jamada Ali sebagai pengurus pasukan manakala Zahasmi Ismail dilantik sebagai penolong jurulatih manakala Halim Napi sebagai jurulatih penjaga gol.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang berminat untuk menyertai ujian latihan itu supaya datang sendiri ke tempat yang sudah ditetapkan itu pada tarikh berkenaan selain menghubungi Kafa di talian 09-7666360.
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Skuad Piala Presiden

Postby aboard » Mon Feb 08, 2010 1:09 pm

Skuad Piala Presiden Kelantan Musim 2010.

PEGAWAI :

Pengurus : Encik Yahya bin Jamada Ali
Pen. Pengurus : Encik Ahmad Hanafi bin Mat Soh
Ketua Jurulatih : Encik Anizan bin Daud
Pen. Jurulatih : Encik Zahasmi bin Ismail
Jurulatih GK : Encik Abdul Hamid bin Ramli
Fisioterapi : Encik Mohd Afiq bin Mohd Amin
Kitman : Encik Shukri bin Hassan

PEMAIN :

1. Mohd Zamri bin Ramli
2. Muhd Izwan bin Salahuddin
3. Mohd Hanif bin Mohd Noor
4. Tuan Mohd Norhafiziee bin Tuan Mahmood
5. Somchai a/l Sinuai
6. Mohd Hafizuddin bin Azuhar - GK
7. Mohd Syafiq Haikal bin Nazaruddin
8. Mohd faiz bin Suhaimi
9. Mohdmad Nur Azam bin Nasir
10. Mohd Aminuddin bin Mohd Noor
11. Faizol Nazlin bin Sayuti
12. Mohamad Azrol bin Ali
13. Muhamad farhan bin Yaakub
14. Mohamad Aris bin Zaidi
15. Mohamad Azyu Ikmal bin Che Mat Noor
16. Muhammad Zi bin Zulkeplee
17. Nik Mohd Shahrulazim bin Ab. Halim
18. Muhammad Afham bin Zulkipeli
19. Mohd Firdaus bin Hassan - GK
20. Judtanna a/l Eh Put - GK
21. Muhamad Nazrul bin Mazelan
aboard
Pemain Gantian
Pemain Gantian
 
Posts: 120
Joined: Sun Nov 04, 2007 1:00 am

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Wed Feb 24, 2010 11:37 am

Petikan Sinar Harian

Kelantan buru kemenangan pertama

KOTA BHARU - Skuad Piala Presiden Kelantan bakal memulakan aksi sulung dalam kempen TM Piala Presiden musim baru menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan hari Khamis ini.

Kejohanan TM Piala Pre-siden merupakan kejohanan di bawah kelolaan Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertujuan mencungkil bakat-bakal baru untuk diserap sebagai pelapis pasukan utama negeri.

Skuad yang dilatih oleh Anizan Daud serta dibantu dua bekas pemain negeri, Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli kini giat menjalani latihan insentif sejak sebulan setengah yang lalu.

Pengurus pasukan, Yahya Jamada Ali ketika dihubungi berkata, seramai 18 pemain akan dibawa ke Seremban bagi menghadapi perlawanan sulung tersebut.

“Musim ini kita diperkuatkan dengan dua pemain yang pernah beraksi dalam kancah Liga Super musim lalu iaitu Muhd Zamri Ramli dan Mohd Hanif Mohd Nor.

“Pengalaman Muhd Zamri (Ramli) dan Mohd Hanif (Mohd Nor) yang pernah beraksi bersama pasukan Liga Super Kelantan musim lalu diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemain muda yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, pelatih Liga Super Kelantan musim ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Somchai Sinuai dan Tuan Mohd NorHafiziee Tuan Mahmood juga turut berada dalam senarai utama pasukan Piala Presiden Kelantan musim ini.

Menurutnya, para pemain muda Kelantan kini begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan sulung tersebut biarpun terpaksa beraksi di gelanggang lawan terlebih dahulu.

“Saya percaya gandingan Anizan Daud dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli yang diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mengemudi pasukan pelapis mampu mencipta kejuaraan musim ini,” katanya.

Katanya, Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan turut bertanggungjawab mengawasi sepenuhnya perkembangan skuad muda itu bermula daripada sesi pemilihan pemain pertengahan Januari lalu sehingga pembentukan pa-sukan yang kini sudah cukup bersedia sepenuhnya membawa cabaran musim ini.

Musim lalu, Kelantan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah sekadar menduduki tangga pertengahan pada peringkat liga.

YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Abejoe » Wed Feb 24, 2010 2:03 pm

Kelantan berada dalam kumpulan B.

Jadual perlawanan yang berlangsung esok 25hb.2.2010.
KUMPULAN B
============
1.Negeri Sembilan mln Kelantan - 4.45ptg Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi
2.Johor FC mln Selangor - 4.45ptg Std Jcorp, Pasir Gudang
3.Sabah mln Johor - 4.15ptg Std Tawau, Tawau
4.Melaka mln Pahang 4.45ptg - Std Tun Fatimah, Ayer Keroh
5.Terengganu PBDKT mln SSBJ "A" - 4.45ptg Pdg C Kompleks Gong Badak
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Wed Feb 24, 2010 5:34 pm

kalu buleh,mintak kita buat cover-up pasal skuad presiden ni.demo ni nanti yang akan menjadi permata² baru bolasepak kelate dan seterusnya bakal mewarnai saingan pentas bolasepak malaysia.

kalu ada gambar player,coach serta pegawai,lagi molek...buleh buat satu page khusus untuk piala presiden kelate
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Abejoe » Thu Feb 25, 2010 10:04 am

Semalam sempat kawe berbual dengan set2 skuad presiden kita kecuali Zahasmi dan mr yahya hok2 lain tu tak berapo saya kenal spt abe hamid dan abe je kitow. Set2 kita tiba lewat sikit semalam dekat pukul 11.30 kerana masalah teknikal. Kebanyakkan pemain muka2 baru semua tetapi menurut kata pengurusan skuad kita yang turun padang mengutip segala bakat2 disegenap ceruk negeri kelantan , aksi mereka memang baik tetapi tak tahulah sebab saya tak tengok sendiri lagi. Dalam kejohanan jemputan disiam yang baru lepas , pasukan layak ke suku akhir kalah kepada set2 korea dan kita harap musim ni boleh memberi persembahan yang lebih baik. Semenjak 2@3 musim ni , set2 peringkat umur kita memang tak menjadi blah mana dan jika sesuatu yang terjadi kepada skuad senior kita seperti negeri Pahang ataupun perak memang parok kalau barisan pelapis kita juga lembab...barisan ini juga akan mewakili kelantan di SUKMA nanti termasuklah beberapa pemain bawah 23 dalam skuad senior sekarang seperti nijad dan chanturu.
Kalau sempat saya akan gi tengoklah 1st games ni kalau dop tunggulah 25hb. 3 nanti....
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Sepul » Thu Feb 25, 2010 10:55 am

slices wrote:kalu buleh,mintak kita buat cover-up pasal skuad presiden ni.demo ni nanti yang akan menjadi permata² baru bolasepak kelate dan seterusnya bakal mewarnai saingan pentas bolasepak malaysia.

kalu ada gambar player,coach serta pegawai,lagi molek...buleh buat satu page khusus untuk piala presiden kelate



tahun lepas RKC ambik gambar demo nih...
User avatar
Sepul
Pemain Utama Pasukan
Pemain Utama Pasukan
 
Posts: 370
Joined: Sun Nov 04, 2007 1:00 am

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Thu Feb 25, 2010 3:36 pm

Sepul wrote:
tahun lepas RKC ambik gambar demo nih...


player sama tahun lepas ko?..buke player baru?
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Skuad Piala Presiden

Postby Abejoe » Thu Feb 25, 2010 9:03 pm

Keputusan Perlawanan Piala Presiden N9 1-1 Kelantan. Walaupun seri tetapi sekurang-kurangnya permulaan yang baik buat pasukan bimbingan Abe Je dan yang paling pentingnya kita membuat jaringan walaupun ditempat orang.... :w:
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Skuad Piala Presiden

Postby xeoster » Thu Feb 25, 2010 11:14 pm

dgr kaba game skuad presiden cup tadi panas molek, team kelate main parah kaki ore, haniff red card, bunyi kaba kaki naik atah muko
GOMO JANGE TOK GOMO, GOMO BELAKO HOK MANO ADO
User avatar
xeoster
Pemain Gantian
Pemain Gantian
 
Posts: 136
Joined: Sat Oct 03, 2009 12:06 am
Location: Kubang Kerian/Tg Malim

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Fri Feb 26, 2010 1:49 am

xeoster wrote:dgr kaba game skuad presiden cup tadi panas molek, team kelate main parah kaki ore, haniff red card, bunyi kaba kaki naik atah muko


tu baru betul 'red warriors'...ahahahahahaha....
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Skuad Piala Presiden

Postby slices » Thu Mar 04, 2010 11:53 am

sedikit berita skuad presiden kelantan

Kelantan waspada hadapi SSBJ

KOTA BHARU – Skuad Piala Presiden Kelantan bakal menghadapi cabaran getir apabila bertemu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada perlawanan kedua TM Piala Presiden di Padang MSN, Bukit Jalil hari Khamis ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Yahya Jamada Ali berkata, SSBJ merupakan pasukan yang kuat dan mampu mencipta kejutan pada saingan liga musim ini.

“Kami menghormati kemampuan pasukan SSBJ yang terbukti sebuah pasukan yang mantap dan saya percaya kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk menang pada perlawanan ini," katanya.

Menurutnya, ketiadaan ketua pasukan, Mohd Haniff Mohd Nor yang digantung perlawanan gara-gara mendapat kad merah pada perlawanan pertama turut menjejaskan persiapan pasukan Kelantan.

“Ketiadaan Mohd Haniff yang digantung dua perlawanan jelas memberi kesan kepada persembahan pasukan, tetapi saya percaya kita mampu mencipta kejutan di Bukit Jalil setelah seri dengan Negeri Sembilan di Paroi minggu lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yahya Jamada berkata, tempat Mohd Haniff bakal diisi bintang baru, Somchai Sinuai yang dijangka diturunkan setelah pulih daripada kecederaan.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Negeri Sembilan minggu lalu, beliau berpuashati dengan aksi anak-anak buahnya yang masih mampu beraksi dengan baik biarpun terpaksa bermain dengan 10 pemain.

"Perubahan taktikal jurulatih menukar corak persembahan pada separuh masa kedua menyaksikan kita menguasai hampir keseluruhan babak tersebut biarpun ketinggalan jaringan satu gol pada separuh masa pertama,"katanya.

Jelasnya, tempoh rehat selama seminggu sekembali dari Seremban dipergunakan sepenuhnya oleh jurulatih, Anizan Daud bagi memperkemaskan jentera pasukan.

"Pada perlawanan minggu lalu, ketumpulan jentera serangan jelas menghantui kita walaupun kita berjaya menguasai perlawanan tersebut, saya mengarahkan Anizan Daud untuk memperbaiki kelemahan tersebut," katanya.

Kelantan dijangka menurunkan barisan terkuat pada perlawanan ini dengan menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Muhd Zamri Ramli dan Mohd Izuan Solahuddin yang menimba pengalaman beraksi dengan pasukan Liga Super Kelantan ketika menentang Padang FC pada perlawanan persahabatan antarabangsa minggu lalu.

"Kita tidak boleh tercicir mata lagi biarpun beraksi di gelanggang lawan kerana saingan sengit pada awal liga bakal menentukan pasukan manakah yang akan mendominasi takhta liga selepas ini," katanya.

Menurutnya, ujian getir turut menanti skuad Kelantan selepas ini apabila berhadapan dengan juara bertahan, Johor FC pada perlawanan ketiga saingan liga di Stadium JCorp, Pasir Gudang minggu hadapan.

Untuk saingan TM Piala Presiden musim ini, Kelantan diletakkan dalam kumpulan B bersama Selangor, Negeri Sembilan, Johor FC, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Johor, Sabah dan Melaka.
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

PreviousNext

Return to Skuad Piala Presiden Kelantan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron