• Advertisement

Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Segala berita & perkembangan skuad pelapis Kelantan

Moderator: Moderators

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby slices » Wed Jun 09, 2010 2:18 pm

rasanya KAFA ada liga piala kijang muda...dan rasanya sore jah budak dari liga ni yang diserapkan ke pasukan presiden (tu pun tak tahu main 1st team ko dok!)..masalah dalaman pengurusan,semenjak dari liga presiden lagi,isu ni berlaku,tapi didiamkan...program untuk bakat-bakat muda meme ada tapi impak pada pasukan senior (kalu dikira dari pasukan belia->pasukan presiden->pasukan senior),siapa pemain yang boleh kita sohorkan selepas rojo,nizad,saupi,saffuan?..ada nama yang betul-betul kencang bermain di telinga peminat bola kelate?kalu stakat nik salahuddin,bunyi sayup-sayup jah...

amat sayang jika bakat-bakat yang ada tidak dijaga dan diasuh dengan baik..akhirnya mereka ini menghilang(bekerja,bermain dengan pasukan lain)bak angin lalu...gesaan perlu dibuat agar pihak KAFA sedar dan membuka mata bahawasanya program pembangunan Kelate gagal melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti...
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Advertisement

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby Abejoe » Thu Jun 10, 2010 1:57 am

Tan Sri meraikan para pemain skuad sukma kita malam tadi. Selain isu semasa bola sepak dibangkitkan turut diperkatakan berkaitan dengan program pembangunan bakat muda Kelantan .
Jurang diantara pasukan kita dengan team2 lain memang besar. Kebanyakan pasukan membarisi pemain dari skuad 1st 11 mereka yang beraksi baik dalam liga super mahupun perdana serta dibantu oleh jurulatih negeri masing2. Sementara budak2 kita memang mereka budak2 pun kalau dikutkan senarai umur pemain , pasukan kita adalah paling muda . Kita kekurangan pengalaman serta disiplin taktikal kerana pemain2 yang sepatutnya bermain sudah blah dan kalau diambil kira pemain paling berpengalam adalah Nijab dan Zamri (2 ni bukanlah regular 1st 11) dan Rojo yang lama injured. Haniff pada saya memang out permainannya...
Ini bukanlah alasan tetapi 2@3 tahun lepas , kita gagal mengawal pemain2 muda yang berbakat dan kelompok pemain2 skuad belia yang saya lihat cukup berpotensi itu kini bermain majoritinya untuk pasukan2 lain.
Kita selalu berbangga dengan keupayaan kita sebagai kilang mengeluar pemain tetapi hakikatnya kilang kita kini sudah tiada lagi bahan untuk mengeluarkan pemain dan hasil daripada perbualan santai malam ini bahawa kilang2 kita berada dalam keadaan yang kronik sudah tentu Tan Sri akan lebih memberi penekanan terhadap hasil bukanlah cakap2 ataupun atas kertas sahaja.
Hakikatnya team SUKMA kita tidak boleh pergi jauh untuk tahun ini tetapi bola sepak apapun boleh berlaku dan jika pemain2 kita mampu ditune oleh Zahasmi terutamanya dari segi kekuatan mental mungkin kita boleh mencipta upset itupun jika Ganu tidak membuang perlawanan. Kata2 Jurulatih Ganu bahawa jika Kelantan menang , Ganu tidak akan membiarkan sahaja Penang bukanlah boleh pakai sangat walaupun berdasarkan persembahan Ganu mampu menewaskan Penang walaupun taklah sampai 4-0 .
Kita tidak mahu kaedah LIga Super terpaksa diguna pakai dalam SUKMa memborong pemain2 dari negeri2 lain tetapi kita percaya Kelantan bukannya kekurangan bakat sebaliknya lebih banyak peluang perlu diwujudkan .
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby slices » Fri Jun 11, 2010 9:29 pm

Kelate layak ke suku akhir apabila Terengganu menewaskan P.Pinang 2-0 petang tadi
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby Abejoe » Sat Jun 12, 2010 1:07 am

Suku akhir nanti memang cukup sukar tetapi bukanlah mustahil untuk menewaskan Selangor . Walaupun pasukan kita kekurangan segala segi tetapi jika pemain betul2 fokus dan 2 gandingan kita iaitu nijab dan rojo bijak menyempurnakan peluang harapan untuk menang tetap ada. Kelemahan dibahagian pertahanan perlu diperbaiki dan jika sekiranya Selangor mempamirkan permainan terbuka sebagaimana sebelum ini , harapan untuk menyaingi mereka tetap ada.
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby slices » Mon Jun 14, 2010 10:40 pm

Kedudukan terkini

SELANGOR 2 - 0 KELANTAN
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby xeoster » Mon Jun 14, 2010 11:16 pm

slices wrote:Kedudukan terkini

SELANGOR 2 - 0 KELANTAN


Nasib baik malaysia ada training camp, kalu tidak, safiq rahim, amirulhadi, dan beberapa lagi pemain dari skuad liga super selangor akan beraksi di sukma. tapi mereka terpaksa menyerai kem latihan di turki.
GOMO JANGE TOK GOMO, GOMO BELAKO HOK MANO ADO
User avatar
xeoster
Pemain Gantian
Pemain Gantian
 
Posts: 136
Joined: Sat Oct 03, 2009 12:06 am
Location: Kubang Kerian/Tg Malim

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby slices » Tue Jun 15, 2010 12:16 am

tamat game dgn 5-0 selangor menewaskan kelantan
YNWA...
Image
User avatar
slices
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2704
Joined: Sat Oct 20, 2007 1:00 am
Location: Putrajaya

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby Abejoe » Tue Jun 15, 2010 8:16 am

1st 11 SUKMA Kelantan

Image
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby Abejoe » Thu Jun 17, 2010 12:05 pm

Final SUKMA ..Selangor lwn Ganu..Selain mengadakan persiapan yang cukup rapi kebanyakkan pasukan2 mengambil kesempatan untuk meninjau pemain2 muda yang berpotensi dari negeri2 lain . Boleh dikatakan hampir kesemua jurulatih2 dan pembantu2 jurulatih negeri dan kelab hadir di SUKMA bagi menilai persembahan pemain2 muda mereka ataupun sebagai pembekal input tambahan taktikal kepada pasukan masing melainkan jurulatih dan pembantu jurulatih kita. Barisan kejurulatihan kita sudah tentu sibuk menyediakan latihan dan strategi pasukan untuk mempastikan Kelantan menjurai Liga Super berbanding dengan K. Devan dan P. Maniam (Coach SUKMA Selangor) ataupun Radhi Mat Din (sebagai contohnya) yang sudah selesa dengan prestasi pasukan masing2 diliga.
Berdasarkan persembahan pasukan kita, hanya 2 (nijad & Rojo) pemain sahaja yang dikategorikan bermain cukup baik . 1 (zamri) pemain dari skuad senior kita bermain ikut mood dan 1 (Haniff) lagi kira memang out langsung . Pada saya pemain pertahanan ini cukup diberi peluang baik dalam liga super mahupun presiden tetapi prestasinya semakin merosot dan sepatutnya diganti sahaja dengan pemain lain daripada membuang masa . 1 (Ailim) pemain lagi sekadar bagus untuk 10-20 minit sahaja selepas tu habis gas!..Itu dari kelompok pemain2 yang pernah bermain dengan pasukan senior sementara dari kelompok pemain2 baru hanya 2 (1 defend..pemain yang ditibai oleh Ganu dan 1 tengah..kalau diberi peluang bermain diperingkat senior , mereka boleh meningkat dengan pantas) sahaja yang kelihatan bermain dengan baik. Majoriti pemain lain dengan kata2 mudahnya bukanlah level mereka. Pemain2 dibahagian pertahanan dan penjaga gol boleh dianggap cukup kronik , ada yang boleh digilap tetapi baik digugurkan sahaja dan carilah yang lain berdasarkan semangat permainan yang ditunjukkan serta tahap kesilapan yang dilakukan.
Pada setiap perlawanan kita hanya berupaya menurunkan 4@5 orang sahaja pemain yang boleh bermain dan inilah punca yang menjadikan Kelantan menjadi lauk kepada pasukan2 yang telah menggadakan persiapan yang cukup rapi . Jika sekadar untuk pendedahan , Kelantan melakukan kesilapan besar kerana SUKMA bukanlah pentas untuk itu apabila maruah negeri dipertaruhkan. Bukan sahaja peminat2 kita yang terkejut malahan pegawai2 pasukan lain jugak hairan mengapa Kelantan menurunkan barisan pemain peringkat umur yang tidak sesuai serta cukup lemah dalam disiplin taktikal pasukan.
Pasukan2 lain kelihatan amat bersungguh dan kalau boleh disumbat 1 team pemain2 dari skuad utama mereka nescaya itulah yang akan dilakukan tetapi malangnya kita hanya menurunkan pemain2 yang pada anggaran saya tidak sampai 30 minit beraksi pada keseluruhan aksi liga dalam skuad utama. Lebih malang lagi apabila kita melihat pemain2 yang berada dibangku simpanan dan kerap diturunkan sebagai pemain2 gantian dalam skuad Utama Liga Super kita adalah kelompok pemain2 yang bakal tidak relevan untuk musim berikutnya kerana faktor stamina dan usia. Inilah yang menjadikan pasukan SUKMA kita lemah dari segi pengalaman permainan mereka berbanding dengan pemain2 dari pasukan lain.
Walau apapun alasan sekalipun , jika tahap persediaan serta barisan pemain yang sesuai tidak mampu kita sediakan adalah lebih baik kita tidak payah menurunkan skuad bola sepak kerana ini melibatkan nama baik negeri dan pasukan. Skuad tangkap muat memang hanya mengundang padah dan malu apabila pasukan2 lain menyediakan persiapan berbulan2 lamanya dan yang paling utamanya memperlihatkan kelemahan kita dalam pembangunan bola sepak peringkat umur . Selain dari SUKMA kita juga gagal dalam Piala Presiden dan inilah petanda bahawa kita semakin gagal untuk mengenal pasti bakat2 diperingkat umur dan kelemahan dalam perancangan strategik bola sepak Kelantan. Kekuatan kewangan membolehkan kita mendapatkan pemain2 luar dengan kos yang tinggi tetapi KAFA bukanlah mempunyai kemampuan kewangan yang jitu dan hanya melalui R&D dalam peringkat umur sahaja kita berupaya melahirkan pemain2 yang berkualiti dengan kos pengendalian pasukan yang lebih rendah.
Sudah tiba masanya KAFA melaksanakan segala plan2 dari seminar2 serta mesyuarat2 yang diadakan tidak cukup dengan bagus diatas kertas ataupun cakap2 sahaja dengan hasilnya dijadikan belasahan pasukan lawan. 9 bolos dengan cuma 1 jaringan sahaja menunjukkan dimana level pemain2 muda kita , tanpa prejudis ...pihak pengurusan KAFA sepatutnya sedar zaman Kelantan sebagai kilang mengeluarkan pemain2 sudah lama berlalu . Logik mudahnya kalau kita betul2 mampu mengeluarkan pemain takkan 80% pemain dari skuad 1st 11 adalah pemain luar walaupun tiada halangan dalam era pro tetapi dimana pemain2 kita dalam peringkat umur 20-23 tahun selain daripada nijad ( Rojo ) dan zamri yang boleh kita kenal sikit dalam skuad utama ...berapa lama kita harus bergantung kepada pitih untuk menyediakan sebuah pasukan yang kompetatif kerana pitih bukanlah kulit etak yang boleh dikutip di tepi sungai!...
"When you're pushed… Killing's as easy as breathing"
Abejoe
Moderator
Moderator
 
Posts: 1054
Joined: Tue Oct 30, 2007 1:00 am
Location: Seremban/Melaka

Re: Sukan Malaysia - SUKMA - Bolasepak

Postby Jilly » Sat Jun 19, 2010 11:03 pm

Abejoe wrote:1st 11 SUKMA Kelantan

Image



Lagumana team Sukma kita ni.. separuh dr pemain gambar di aas adalah player hok rajin main liga Super doh... mmmmmm...
Kelantan.. Dulu, Kini dan Selamanya

Image
items for sale @ http://www.fiqir.com.my
User avatar
Jilly
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2215
Joined: Sat Nov 03, 2007 1:00 am
Location: New Castle

Previous

Return to Skuad Piala Presiden Kelantan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest